Berita Semasa  
e-Agency
  Berita 


PKNP - POLISAS BAKAL JALIN KOLABORASI STRATEGIK
05/07/2023 by Mohd Fahmi Bin Abdul Ghani

Kuantan, 4 Julai - Ketua Pegawai Eksekutif PKNP, YH. Dato' Mohd Faizal bin Jaafar telah berbesar hati menerima kunjungan daripada pihak Politeknik Sultan Ahmad Shah (POLISAS) yang bertujuan menerangkan cadangan mewujudkan kolaborasi strategik di antara kedua - dua pihak PKNP dan POLISAS.

Dalam sesi kunjungan hormat tersebut, POLISAS yang diwakili oleh Timbalan pengarah sokongan Akademik, En. Azad Muslim bin Muhammad@Mohammad serta Penyelaras Kolaborasi POLISAS, Gs. Sr. Asrul bin Zakaria telah menerangkan bentuk kolaborasi strategik yang dicadangkan antaranya melaksanakan program kerjasama yang berpotensi ke arah meningkatkan kemahiran dan kebolehpasaran graduan POLISAS.

Secara dasarnya, PKNP menyambut baik cadangan kolaborasi strategik ini dan bersedia membantu POLiSAS dalam program - program yang bukan saja dapat memanfaatkan pelajar dan graduan, malah dapat meningkatkan tahap profesionalisme para tenaga akademik di POLISAS. Turut hadir di pihak PKNP adalah Pegawai Perhubungan Awam, Pn Dhaleazafarina binti Md. Zabani.

kembali
 
 


Copyright © 2024 Perbadanan Kemajuan Negeri Pahang e-Agency Services. All rights reserved.