Berita Semasa  
e-Agency
  Berita 


SALAM MAAL HIJRAH BERSAMAAN 1 MUHARRAM 1445 HIJRAH
20/07/2023 by Mohd Fahmi Bin Abdul Ghani
Sambutan Maal Hijrah bagi tahun 2023 mengangkat tema Perpaduan Teras Malaysia Madani. Maal Hijrah atau bulan Muharram merupakan hari yang penting bagi umat Islam dalam memperingati peristiwa penghijrahan Nabi Muhammad SAW dari Kota Makkah ke Kota Madinah pada tahun 622 Masihi.

Maal Hijrah juga bererti bermulanya tahun baharu mengikut kalendar Islam.

Antara peristiwa penting yang berlaku dalam bulan Muharram :-

1 Muharram - Khalifah Umar Al-Khattab menetapkan 1 Muharram adalah hari pertama bagi setiap tahun baru Islam (Kalendar Hijriah).

10 Muharram - Juga dinamakan sebagai hari Asyura. Hari Asyura juga sangat sinonim dengan ibadah puasa.

Semoga kehadiran tahun baharu ini menjadikan kita insan yang lebih baik dalam menjalani kehidupan di bumi Allah S.W.T

kembali
 
 


Copyright © 2024 Perbadanan Kemajuan Negeri Pahang e-Agency Services. All rights reserved.