Berita Semasa  
e-Agency
  Berita 


SELAMAT HARI KEBANGSAAN KE - 66
04/09/2023 by Mohd Fahmi Bin Abdul Ghani


Perbadanan Kemajuan Negeri Pahang (PKNP) ingin mengajak seluruh rakyat Malaysia untuk menghayati erti sebenar kemerdekaan, menghargai nikmat keamanan dan menjaga perpaduan yang diperjuangkan sejak turun - temurun.


Selari dengan tema Hari Kebangsaan pada tahun ini iaitu Malaysia Madani : Tekad Perpaduan, Penuhi Harapan. Konsep Malaysia Madani berasaskan sikap saling hormat menghormati, meraikan kepelbagaian dan menjadi medan dialog peradaban.


Malah, konsep ini merupakan satu simbolik penyatuan rakyat Malaysia agar menghargai detik keamanan, kemerdekaan serta kebebasan yang dinikmati sehingga ke hari ini.


Dedikasi ini untuk perjuangan hebat negarawan yang berjuang demi sebuah kemerdekaan di tanah bertuah ini.


Selamat Hari Kebangsaan ke - 66!


Ikhlas daripada Pengerusi, Ahli Perbadanan, Pengurusan dan Seluruh Anggota Pekerja Kumpulan PKNP



kembali
 
 


Copyright © 2024 Perbadanan Kemajuan Negeri Pahang e-Agency Services. All rights reserved.