Berita Semasa  
e-Agency
  Berita 


PKNP RANGKUL NAIB JOHAN PERBARISAN DAN PERARAKAN HARI KEBANGSAAN KE - 66 PERINGKAT NEGERI PAHANG
04/09/2023 by Mohd Fahmi Bin Abdul Ghani




Perbadanan Kemajuan Negeri Pahang (PKNP) merangkul Naib Johan bagi kategori Badan Berkanun dan GLC dalam Perbarisan dan Perarakan Hari Kebangsaan ke - 66 Peringkat Negeri Pahang 2023 yang diadakan di Padang MBK 4, Kemunting, Kuantan pada hari ini. Membawa tema Perpaduan Merentas Zaman, barisan anggota pekerja PKNP seramai 37 orang menggayakan pelbagai busana Melayu klasik, aneka pakaian pelbagai kaum dan pakaian mengikut kerjaya. Kontinjen perbarisan Hari Kebangsaan kali ini diketuai oleh Kapten Azis bin Muhamad, Pengurus Bahagian Pembangunan Hartanah PKNP. Kejayaan pada hari ini adalah yang terbaik dalam sejarah penyertaan PKNP dalam perbarisan Hari Kebangsaan Peringkat Negeri Pahang.

kembali
 
 


Copyright © 2024 Perbadanan Kemajuan Negeri Pahang e-Agency Services. All rights reserved.