Berita Semasa  
e-Agency
  Berita 


KEM KEPIMPINAN KHALIFAH MUDA - PROGRAM CSR KE ARAH MELAHIRKAN PEMIMPIN CEMERLANG
18/09/2023 by Mohd Fahmi Bin Abdul Ghani


Kuantan, 16 Sept - Ketua Pegawai Eksekutif PKNP, YH. Dato' Mohd Faizal bin Jaafar telah merasmikan Majlis Penutup Kem Kepimpinan Khalilfah Muda 2023 yang telah diadakan selama empat (4) hari bermula dari 8 September hingga 11 September 2023.

Kem Kepimpinan Khalifah Muda ini merupakan Program di bawah Tanggungjawab Sosial Korporat (CSR) PKNP AgroTech Sdn. Bhd. yang merupakan anak syarikat milik 100% PKNP. Program yang melibatkan penyertaan pelajar - pelajar sekolah rendah Tahun 6 dari sekolah - sekolah di sekitar Daerah jerantut ini turut merupakan jalinan usahasama dengan pihak UiTM Cawangan Pahang - Kampus Jengka.

Dalam ucapan peramian penutup, Ketua Pegawai Eksekutif telah memberikan sedikit motivasi dan nasihat kepada para pelajar terutamanya agar tidak meninggalkan kewajipan sebagai seorang muslim serta sentiasa menghormati kedua ibu bapa dalam usaha untuk meraih kecemerlangan di dunia dan di akhirat. Turut hadir di pihak PKNP adalah Pengurus Bahagian Komuniti dan Usahawan PKNP, Encik Nasry bin Kassim serta Pegawai Perhubungan Awam PKNP, Puan Dhaleazafarina Md. Zabani.

kembali
 
 


Copyright © 2024 Perbadanan Kemajuan Negeri Pahang e-Agency Services. All rights reserved.