Berita Semasa  
e-Agency
  Berita 


PENYERAHAN MASJID KG GAJAH MATI DI JERANTUT, PAHANG
22/09/2023 by Mohd Fahmi Bin Abdul Ghani


Jerantut, 22 Sept - Timbalan Ketua Pegawai Eksekutif PKNP, Encik Mohd Razif bin Abdul Malek telah menyempurnakan majlis penyerahan Masjid Kg. Gajah Mati di Jerantut baru - baru ini.

Beliau yang juga wakil rasmi kepada Ketua Pegawai Eksekutif PKNP, YH. Dato' Mohd Faizal bin Jaafar berkata, PKNP sebagai salah sebuah agensi yang menggerakkan ekonomi Negeri Pahang terutama di kawasan luar bandar bagi kesejahteraan rakyat di negeri ini.

Tambah beliau, projek yang berjumlah RM 1.8 juta ini diharapkan dapat memberikan manfaat kepada penduduk setempat. Bukan sahaja sebagai pusat beribadat malah menjadi titik pertemuan untuk aktiviti kemasyarakatan. Projek pembinaan masjid ini telah bermula pada 9 Februari 2022 dan disiapkan pada 12 September 2023, lebih awal dari tarikh jangkaan siap sebenar pada 10 Oktober 2023.

Peranan PKNP dalam projek ini adalah sebagai agensi pembayar yang dilantik oleh Jabatan Perdana Menteri bagi memastikan projek ini siap dibina.

Bagi melaksanakan projek ini, PKNP telah melantik Jabatan Kerja Raya sebagai agensi pelaksana. Hadir bersama pada program ini adalah Pengarah JKR Pahang, YB. Dato' Ir TS. Hafizah binti Zakaria, wakil dari Jabatan Agama Islam Negeri Pahang.

Turut hadir adalah Pengurus Hal Ehwal Korporat, Tuan Haji Mohd Ibrahim bin Hashim, Pengurus Teknik, Tuan Haji Mohd Hasrizal bin Hasim, Pengurus Pembangunan Hartanah, Kapt. Azis bin Muhamad dan pegawai - pegawai PKNP.

kembali
 
 


Copyright © 2024 Perbadanan Kemajuan Negeri Pahang e-Agency Services. All rights reserved.