Berita Semasa  
e-Agency
  Berita 


PROGRAM DERMA DARAH DAN PEMERIKSAAN KESIHATAN TAHUN 2023
27/09/2023 by Mohd Fahmi Bin Abdul Ghani



Kuantan, 26 September - Program Derma Darah Dan Pemeriksaan Kesihatan anjuran Puspanita PKNP bersama Kelab Keluarga Kumpulan PKNP telah diadakan pada hari ini, 26 September 2023 di Tingkat 1, Berjaya Megamall, Kuantan bermula jam 10.00 pagi hingga 3.30 petang.


Program ini merupakan program tahunan yang dilaksanakan dengan kerjasama Unit Tabung Darah Hospital Tengku Ampuan Afzan (HTAA) dan Kuantan Medical Centre (KMC). Program ini merupakan salah satu tanggungjawab sosial PKNP untuk membantu Unit Tabung Darah HTAA dalam menyediakan platform untuk orang ramai menderma darah. Selain itu, program ini turut mengalu-alukan orang ramai membuat pemeriksaan kesihatan yang disediakan oleh KMC secara percuma.


Turut hadir menderma darah ialah YH. Dato' Mohd Faizal bin Jaafar, Ketua Pegawai Eksekutif PKNP bersama Pengerusi Puspanita PKNP, YBhg. Datin Zuhaira binti Zainordin dan Presiden Kelab Keluarga Kumpulan PKNP, Encik Nasry bin Kassim.


Berdasarkan rekod, program pada hari ini berjaya menerima sebanyak 80 beg darah dan seramai 130 orang telah membuat pemeriksaan kesihatan.


Tahniah kepada semua yang hadir kerana berjaya melaksanakan salah satu nilai murni bagi membantu yang memerlukan.



kembali
 
 


Copyright © 2024 Perbadanan Kemajuan Negeri Pahang e-Agency Services. All rights reserved.