Berita Semasa  
e-Agency
  Berita 


HARI MESRA MEDIA PKNP 2023 ERATKAN JALINAN KORPORAT PKNP DAN RAKAN MEDIA
10/01/2024 by Sharifah Nur Yusra binti Tuan Rasli


Penganjuran Hari Mesra Media PKNP 2023 telah mendapat sambutan yang menggalakkan dengan dihadiri oleh lebih daripada 80 orang pengamal media dan warga kerja PKNP.



Ketua Pegawai Eksekutif PKNP, YH. Dato' Mohd Faizal bin Jaafar hadir bagi merasmikan program tersebut dan beliau merakamkan ucapan terima kasih kepada semua yang hadir terutamanya dikalangan agensi - agensi yang berkaitan.



Pelbagai aktiviti telah dijalankan termasuk menaiki ATV sambil membersihkan kawasan sekitar pantai serta turut diadakan acara sukan rekreasi termasuk paintball, memanah, bola tampar pantai dan boling kelapa.



Selain meningkatkan 'rapport' PKNP dengan pihak media, objektif penganjuran program ini adalah untuk membersihkan kawasan sekitar Pantai Balok yang merupakan salah satu tarikan pelancongan di negeri ini.



Turut hadir dari pihak agensi adalah Pengarah SWCorp - Encik Sharudin bin Hamid, Pengurus Kawasan Perkhidmatan (PSA) Alam Flora Sdn.Bhd.- Encik Mohd Hadzlin bin Nadzri, Presiden Kelab Media Pahang - Encik Jasmi Faisal bin Muda serta wakil Pengurus Besar Tourism Pahang- Encik Khairul Akmal bin Mohamad.



Manakala di pihak PKNP turut dihadiri oleh Timbalan Ketua Pegawai Eksekutif( Pengurusan) PKNP - Y.Bhg. Datin Hajah Noraskin binti Jamaludin, Timbalan Ketua Pegawai Eksekutif (Pembangunan) PKNP- Encik Mohd Razif bin Abdul Malek, Pengerusi PUSPANITA PKNP - Y.Bhg. Datin Zuhaira binti Zainordin serta Presiden Kelab Keluarga Kumpulan PKNP - Encik Nasry bin Kassim.



kembali
 
 


Copyright © 2024 Perbadanan Kemajuan Negeri Pahang e-Agency Services. All rights reserved.