Berita Semasa  
e-Agency
  Berita 


SESI PENERANGAN INSENTIF DAN JENIS-JENIS BANTUAN OLEH MIDA, MIDF DAN HRD. CORP DENGAN KERJASAMA PKNP
27/10/2023 by Sharifah Nur Yusra binti Tuan Rasli
Pada 24 Oktober 2023  bertempat di Bilik Seminar PKNP, Tingkat 3, Kompleks Teruntum, Kuantan, PKNP selaku One Stop Agency (OSA) bagi sektor pekilangan Negeri Pahang telah mengadakan sesi penerangan mengenai Insentif dan jenis-jenis bantuan kepada syarikat-syarikat pekilangan dibawah selian Bahagian Perindustrian PKNP dengan kerjasama Malaysia Industrial Development  Authority (MIDA), Malaysia Industrial Development Finance (MIDF) dan Human Resources Development Corporation ( HRD.Corp).

Objektif sesi penerangan ini adalah untuk memberi input-input mengenai insentif dan juga jenis-jenis bantuan yang dapat disediakan oleh agensi seperti MIDA, MIDF ke arah memperkasakan pertumbuhan ekonomi di Negeri Pahang Darul Makmur.
 
Pada sesi penerangan ini, Cik Nadia Zam Zam Pengarah MIDA Pahang telah menyampai maklum pemberian insentif-insentif dibawah MIDA bagi sektor perindustrian kepada syarikat pekilang yang berkelayakan disamping turut memperjelaskan polisi dan dasar kerajaaan khususnya di peringkat kementerian (Kementerian Perdagangan Antarabangsa dan Industri Malaysia) dalam memacu pertumbuhan ekonomi sektor pekilangan di Malaysia.
 
Puan Hizra Zakaria wakil dari MIDF Wilayah Timur (Malaysia Industrial Development Finance) juga telah memberi penerangan kepada yang hadir berkaitan peranan MIDF serta bentuk-bentuk bantuan kewangan yang bersifat pinjaman yang boleh ditawarkan kepada syarikat industri kecil dan sederhana (SME’s), pelaburan perbankan dan juga pengurusan aset. Ini dilihat dapat membantu syarikat yang berpotensi ke arah mengembangkan pembangunan syarikat agar lebih dinamik dan progresif.
 
Pada akhir sesi penerangan, Encik Izzuddin Azizi dari HRD Corp telah turut memberikan penerangan tentang peranan dan fungsi HRD Corp dalam menawarkan perkhidmatan pembangunan modal insan yang disifatkan oleh beliau merupakan faktor penting bagi pembangunan syarikat mencapai matlamat melahirkan tenaga kerja yang produktif demi kelangsungan kestabilan pembangunan bagi sesebuah syarikat atau organisasi.

kembali
 
 


Copyright © 2024 Perbadanan Kemajuan Negeri Pahang e-Agency Services. All rights reserved.