Berita Semasa  
e-Agency
  Berita 


YAB. MENTERI BESAR PAHANG MENYEMPURNAKAN PERASMIAN VIDEO INVEST IN PAHANG DAN VIDEO LAGU PENGGERAK
02/11/2023 by Sharifah Nur Yusra binti Tuan Rasli
 
Satu sesi ringkas pelancaran Video Invest In Pahang dan Lagu Penggerak PKNP oleh YAB. Menteri Besar Pahang merangkap Pengerusi PKNP, Dato' Sri Haji Wan Rosdy bin Wan Ismail telah diadakan baru - baru ini.


Sesi pelancaran tersebut telah disempurnakan dengan gimik pelancaran yang mana YAB. Dato' Sri diiringi Ketua Pegawai Eksekutif PKNP, YH. Dato' Mohd Faizal bin Jaafar telah menandatangani plak - plak pelancaran yang telah disediakan.


Sesi tersebut disusuli dengan Mesyuarat Ahli Perbadanan PKNP Bil.3/ 2023 yang turut dihadiri oleh YB.Setiausaha Kerajaan Negeri Pahang, Dato' Sri Haji Zulkifli bin Haji Yaacob, Penasihat Undang - Undang Negeri Pahang, YH. Dato' Saiful Edris bin Zainuddin, Pegawai Kewangan Negeri Pahang, YH. Dato' Indera Nazri bin Abu Bakar serta ahli - ahli Perbadanan PKNP yang lain.


Turut hadir dipihak PKNP pula adalah Timbalan Ketua Pegawai Eksekutif (Pengurusan), YBhg. Datin Hajah Noraskin binti Jamaludin, Timbalan Ketua Pegawai Eksekutif (Pembangunan), Encik Mohd Razif bin Abdul Malek serta pengurus - pengurus yang terlibat.

kembali
 
 


Copyright © 2024 Perbadanan Kemajuan Negeri Pahang e-Agency Services. All rights reserved.