Berita Semasa  
e-Agency
  Berita 


SAMBUTAN HARI INTEGRITI PKNP TAHUN 2023
14/11/2023 by Sharifah Nur Yusra binti Tuan Rasli
Sambutan Hari Integriti PKNP Tahun 2023 telah diadakan dengan jayanya pada 9 November 2023 dengan bertemakan "Integriti Citra Malaysia Madani" bertempat di Dewan Utama EDC, Tingkat 3, Kompleks Teruntum, Kuantan. Ketua Pegawai Eksekutif PKNP, YH. Dato' Mohd Faizal bin Jaafar dalam ucapan perasmiannya telah menekankan beberapa perkara mengenai kepentingan integriti di kalangan anggota pekerja khususnya di PKNP, termasuklah anak - anak syarikat PKNP. Ini selaras dengan program - program yang telah disusun sepanjang tahun 2023 termasuklah Taklimat Integriti Oleh Ketua Pegawai Eksekutif PKNP sendiri pada bulan April tahun ini, pemantapan Pegawai Integriti Bertauliah (CeIO) PKNP, kursus - kursus anti rasuah, kempen - kempen serta polisi - polisi anti rasuah yang telah diperkenalkan seperti Polisi Pengurusan Pendedahan Kelakuan Tidak Wajar (KTW) dan Polisi Pemberian dan Penerimaan dan Hadiah. Sehubungan itu, YH. Dato' mengingatkan anggota pekerja PKNP akan cabaran yang dihadapi dalam menyemai budaya integriti dalam organisasi, menjadikan budaya berintegriti dan prinsip amanah sebagai tonggak pengukuhan dan pemantapan tata kelola di PKNP. Majlis sambutan ini diserikan lagi dengan ceramah yang telah disampaikan oleh Puan Nor Hasni Maria binti Ab Rahim, Ketua Penolong Kanan Penguasa (KPKPs) dari Unit Pemeriksaan dan Perundingan , SPRM Negeri Pahang. Beliau juga telah mengingatkan kesalahan - kesalahan rasuah serta hukuman yang bakal diterima oleh penjawat awam jika berlaku pelanggaran akta. Selain itu, YH. Dato’ Mohd Faizal juga telah menyampaikan hadiah bagi pertandingan "Integrity Word Cross" yang telah dimenangi oleh seramai 10 orang anggota pekerja. Turut hadir, Timbalan Ketua Pegawai Eksekutif (Pembangunan), Encik Mohd Razif bin Abdul Malek, Pengurus - Pengurus Bahagian/Unit, Pengurus Anak Syarikat, serta seluruh anggota pekerja PKNP.

kembali
 
 


Copyright © 2024 Perbadanan Kemajuan Negeri Pahang e-Agency Services. All rights reserved.