Berita Semasa  
e-Agency
  Berita 


KEJOHANAN GOLF MINI GEMAPUTERA 2023
24/11/2023 by Sharifah Nur Yusra binti Tuan Rasli
Penganjuran Kejohanan Golf Mini Gemaputera 2023 telah diadakan pada 18 November 2023 bertempat di Mahkota Golf Country & Club (MGCC), Kuantan dan telah berlangsung dengan jayanya dalam keadaan cuaca yang amat baik.

Sebanyak 11 pasukan yang terdiri daripada Perbadanan Kemajuan Ekonomi Negeri (PKEN) dari seluruh Malaysia telah turut serta dalam kejohanan ini yang melibatkan seramai kira - kira 84 peserta termasuk peserta VVIP.

YH. Ketua Pegawai Eksekutif PKNP, Dato' Mohd Faizal bin Jaafar dalam ucapan perasmian beliau telah merakamkan ucapan ribuan terima kasih kepada seluruh PKEN yang merupakan ahli gabungan di bawah GEMAPUTERA yang telah memberikan sokongan kepada PKNP selaku tuan rumah bagi penganjuran kejohanan ini dan berharap agar jalinan ukhwah yang terjalin antara sesama PKEN dapat ditingkatkan dan diteruskan dari semasa ke semasa.

Antara peserta VVIP turut serta dalam kejohanan ini adalah Setiausaha Kerajaan Negeri Melaka - Y.Bhg. Datuk Wira Zaidi bin Johari, Ketua Pegawai Eksekutif Melaka Corporation (MCorp), Y.Bhg.Datuk Mohd Yusof bin Abu Bakar, Ketua Pegawai Eksekutif PKNS - Y.Bhg Dato' Mahmud bin Abbas, Ketua Pegawai Eksekutif Kumpulan PMINT - Y.Bhg. Dato' Haji Wan Adnan bin Wan Derahman, Ahli Perbadanan PKNP - YH. Dato' Wan Asmadi bin Wan Ahmad, Ahli - Ahli Lembaga Pengarah, Ketua - Ketua Pegawai Eksekutif Anak - Anak Syarikat serta Pengurus- Pengurus Kanan.

Turut hadir di pihak PKNP pula adalah Timbalan Ketua Pegawai Eksekutif (Pengurusan), Y.Bhg. Datin Hajah Noraskin binti Jamaludin, Timbalan Ketua Pegawai Eksekutif (Pembangunan), Encik Mohd Razif bin Abdul Malek serta Pengurus - Pengurus Bahagian/Unit di PKNP.

kembali
 
 


Copyright © 2024 Perbadanan Kemajuan Negeri Pahang e-Agency Services. All rights reserved.