Berita Semasa  
e-Agency
  Berita 


LAWATAN DELEGASI UNIPSAS KE KOMPLEKS MAKANAN HALAL NEGERI PAHANG, TAMAN TEKNOLOGI PAHANG, GAMBANG KUANTAN PAHANG DARUL MAKMUR
24/11/2023 by Sharifah Nur Yusra binti Tuan Rasli
PKNP telahpun menerima lawatan dari delegasi Universiti Islam Sultan Ahmad Shah (UniPSAS) ke Kompleks Makanan Halal Negeri Pahang, Taman Teknologi Pahang, Gambang, Kuantan, Pahang Darul Makmur pada hari ini. Kompleks Makanan Halal Negeri Pahang ini merupakan sebuah hab halal yang berpotensi untuk terus dibangunkan dan dimajukan di Negeri Pahang. Lawatan delegasi UniPSAS telah disertai oleh Naib Canselor UniPSAS, Profesor Madya Dato’ Dr. Haji Mohd Zawavi bin Zainal Abidin, Timbalan Naib Canselor Hal Ehwal Akademik, Profesor Madya Dr. Muhamad Fadlly bin Ismail, Timbalan Naib Canselor Hal Ehwal Penyelidikan dan Inovasi, Dr. Norahida binti Mohamed, dekan, ketua jabatan dan pensyarah UniPSAS. Tujuan lawatan tersebut adalah sebagai titik permulaan kepada cadangan kerjasama di antara PKNP dan UniPSAS dalam mengembangkan lagi potensi hab halal sedia ada agar dapat memberikan manfaat yang lebih menyeluruh terutamanya kepada rakyat di Negeri Pahang. Turut hadir dalam sesi lawatan ialah Penolong Pengurus Perindustrian, Encik Mohd Rizal bin Redzuan dan pegawai - pegawai Bahagian Perindustrian.

kembali
 
 


Copyright © 2024 Perbadanan Kemajuan Negeri Pahang e-Agency Services. All rights reserved.