Berita Semasa  
e-Agency
  Berita 


LAWATAN PENANDA ARAS PKNK KE PKNP ERATKAN JALINAN UKHWAH SESAMA ORGANISASI
01/12/2023 by Sharifah Nur Yusra binti Tuan Rasli
Seramai 19 orang anggota delegasi daripada Perbadanan Kemajuan Negeri Kedah (PKNK) telah menyertai lawatan penanda aras selama dua (2) hari) ke PKNP iaitu pada 23 dan 24 November 2023 yang lalu. Lawatan yang diketuai oleh Ketua Pegawai Korporat PKNK, Puan Maheran binti Manan telah dimulakan dengan ucapan aluan oleh YH. Ketua Pegawai Eksekutif PKNP, Dato' Mohd Faizal bin Jaafar yang mana dalam ucapan beliau, YH. Ketua Pegawai Eksekutif berharap agar lawatan selama dua (2) hari ini akan memberikan manfaat kepada anggota delegasi daripada PKNK dalam bertukar - tukar pengalaman serta berkongsi ilmu ke arah memajukan organisasi masing - masing. Seterusnya, program diteruskan dengan pembentangan Latar Belakang, Peranan dan Fungsi Utama PKNP oleh Timbalan Ketua Pegawai Eksekutif (Pengurusan) PKNP, Y.Bhg. Datin Hajah Noraskin binti Jamaludin kepada anggota delegasi PKNK. Y.Bhg. Datin Hajah Noraskin selaku Ketua Pegawai Digital PKNP selanjutnya telah berkongsi tentang Kerangka Pelan Digital PKNP dan sesi pembentangan tersebut turut dibantu oleh Pengurus ICT PKNP, Puan Nor Azilah binti Abdul Aziz serta pegawai - pegawai PKNP dari Bahagian Pembangunan Hartanah, Encik Ahmad Nur Azrul Che Rezali dan Pegawai Perindustrian, Puan Nur Afiqah Haballah. Dalam aturcara lawatan yang telah dirancang juga , anggota delegasi juga turut dibawa ke anak - anak syarikat 100% milik PKNP iaitu Realistic Attraction Sdn. Bhd. (RASB) dan RT Development & Engineering Sdn. Bhd. (RTDE) bagi perkongsian ilmu mengenai produk Tenun Pahang Diraja serta Projek - Projek Hartanah yang dibangunkan oleh RTDE. Turut serta dalam lawatan penanda aras ini adalah Timbalan Ketua Pegawai Eksekutif (Pengurusan) PKNP, Y. Bhg. Datin Hajah Noraskin binti Jamaludin, Timbalan Ketua Pegawai Eksekutif (Pembangunan) PKNP, Encik Mohd Razif bin Abdul Malek, Pengurus - Pengurus Bahagian/ Unit serta pegawai - pegawai kanan di PKNP.

kembali
 
 


Copyright © 2024 Perbadanan Kemajuan Negeri Pahang e-Agency Services. All rights reserved.