Berita Semasa  
e-Agency
  Berita 


PKNP AGRO-TECH SDN. BHD. SUMBANG VAN KEPADA MAAHAD TAHFIZ AR-RUSHD, TG GAHAI, LIPIS
01/12/2023 by Sharifah Nur Yusra binti Tuan Rasli
PKNP Agrotech Sdn. Bhd. yang merupakan anak syarikat milik penuh PKNP telah berbesar hati menyumbangkan sebuah van jenis Toyata Hiace untuk kegunaan pihak pengurusan dan pelajar-pelajar di Maahad Tahfiz Ar-Rushd, Tg. Gahai, Lipis pada 25 November 2023 (Sabtu) yang lalu dalam program yang telah diadakan di Dataran Santuari Kampung Tanjung Gahai, Lipis. Sumbangan telah disampaikan oleh Ketua Pegawai Eksekutif PKNP, YH. Dato' Mohd Faizal bin Jaafar diiringi Pengarah Eksekutif syarikat PKNP Agro-Tech Sdn. Bhd, Encik Mohamad Zali bin Mat Aris dengan gimik penyerahan 'mock key' van kepada YAB. Menteri Besar Pahang, Dato' Sri Haji Wan Rosdy bin Wan Ismail. Diharapkan dengan sumbangan ini dapat melancarkan lagi urusan pentadbiran dan pengurusan pelajar-pelajar di Maahad Tahfiz Ar- Rushd tersebut ke arah melahirkan khalifah yang cemerlang di dunia dan di akhirat.In Shaa Allah.

kembali
 
 


Copyright © 2024 Perbadanan Kemajuan Negeri Pahang e-Agency Services. All rights reserved.