Berita Semasa  
e-Agency
  Berita 


KUNJUNGAN HORMAT KETUA PEGAWAI EKSEKUTIF PKNP KE PUSAT PENYELIDIKAN DAN PEMBANGUNAN (R&D) PELABUR DI KAWASAN PERINDUSTRIAN GEBENG, KUANTAN, PAHANG
01/12/2023 by Sharifah Nur Yusra binti Tuan Rasli
Yang Hormat Ketua Pegawai Eksekutif PKNP, Dato’ Mohd Faizal bin Jaafar dan pegawai - pegawai Bahagian Perindustrian telah mengadakan kunjungan hormat ke Wilhelmina Research & Development Centre, Wilhelmina Energy Malaysia Sdn. Bhd. (WEMSB) pada hari ini, 27 November 2023. Kunjungan tersebut telahpun disambut oleh Pengarah WEMSB, Encik Michael Raj, pengurus-pengurus dan pegawai WEMSB. Objektif kunjungan adalah untuk pihak PKNP melihat sendiri proses dan produk yang dihasilkan oleh pihak WEMSB selaku pemajak tanah PKNP di Kawasan Perindustrian Gebeng, Kuantan, Pahang. Pihak WEMSB juga telahpun membentangkan kemajuan pembangunan projek hingga kini dan pulangan pelaburan kepada negeri Pahang dianggarkan bernilai RM300 juta setelah projek berjaya dibangunkan sepenuhnya kelak. PKNP sebagai Agensi Perkhidmatan Setempat (OSA) dalam sektor perkilangan di negeri Pahang sentiasa komited dalam membantu para pelabur untuk terus melabur di negeri Pahang bagi meningkatkan ekonomi dan seterusnya menjadikan negeri Pahang sebagai sebuah negeri mesra pelabur dari dalam mahupun luar negara.

kembali
 
 


Copyright © 2024 Perbadanan Kemajuan Negeri Pahang e-Agency Services. All rights reserved.