Berita Semasa  
e-Agency
  Berita 


PROGRAM RAKAN NIAGA MYPRENEUR SIRI 1 NEGERI PAHANG TAHUN 2023
01/12/2023 by Sharifah Nur Yusra binti Tuan Rasli
Program Rakan Niaga MyPreneur anjuran Bahagian Pembangunan Komuniti & Keusahawanan Perbadanan Kemajuan Negeri Pahang (PKNP) bersama Jabatan Belia & Sukan Negeri Pahang (JBS) telah diadakan baru - baru ini bertempat di BCIC LODGE, Kompleks Dagangan Mahkota, Kuantan bermula jam 8.00 pagi hingga 5.00 petang. Program ini merupakan program pendedahan kepada belia bimbangan PKNP dalam menjana idea mengenai kemudahan dan bantuan yang disediakan oleh insitutsi kewangan dan agensi kerajaan. Seramai 47 orang peserta dalam kalangan belia telah menghadiri program ini yang mana telah dirasmikan oleh Tuan Shafrul bin Kadir, Timbalan Pengarah (Belia) Jabatan Belia dan Sukan Negeri Pahang, turut hadir bersama Pengurus Pembangunan Komuniti & Keusahawanan Perbadanan Kemajuan Negeri Pahang (PKNP) Encik Nasry bin Kassim dan Ketua Pegawai Eksekutif Pahang Corporate Management Services Sdn Bhd, Encik Abd Rahim Ahmad. Antara modul dalam Program MyPreneur ini ialah para belia diberi fokus dalam konteks pembudayaan dan penggalakan keusahawanan serta pembangunan kapasiti dalam menyerlahkan bakat dan potensi belia dalam bidang keusahawanan. Para usahawan belia diberikan motivasi keusahawanan dan teknik pemasaran. Malah, mereka juga diajarkan mengenai finance for non-finance dan inovasi dalam perniagaan. Pada sebelah petangnya pula para usahawan membentangkan Business Model Canvas (BMC) dan diajarkan juga mengenai offline and online marketing. Seterusnya terdapat beberapa bank tempatan iaitu MAYBANK berkongsi mengenai pelbagai kemudahan seperti sama - sama Lokal. TEKUN Nasional juga turut berkongsi mengenai pinjaman dan pembiayaan yang sediakan untuk usahawan. Diharapkan kerjasama Jabatan Belia dan Sukan melalui siri rakan niaga MyPreneur ini dapat diteruskan dalam usaha memperkasa dan melahirkan usahawan - usahawan muda yang berjaya di Negeri Pahang.

kembali
 
 


Copyright © 2024 Perbadanan Kemajuan Negeri Pahang e-Agency Services. All rights reserved.