Berita Semasa  
e-Agency
  Berita 


AUDIT PEMANTAUAN 1 SISTEM PENGURUSAN KUALITI (SPK) DAN SISTEM PENGURUSAN ANTI RASUAH (ABMS) BERJAYA DIKEKALKAN
12/12/2023 by Sharifah Nur Yusra binti Tuan Rasli
Tahniah kepada PKNP kerana telah berjaya mengekalkan pensijilan Sistem Pengurusan Kualiti (SPK) MS ISO 9001:2015 dan Sistem Pengurusan Anti Rasuah (ABMS) MS ISO 37001:2016 tanpa syarat. Siri pengauditan tersebut telah dilaksanakan selama dua hari iaitu pada 7 dan 8 Disember 2023, diketuai oleh Encik Khalid bin Saleman serta diiringi oleh juruaudit bertugas, Encik Azran bin Mohammad Ridzuan, Encik Sethuraman Ramasamy dan Puan Nurshierie Sheirina binti Mohammad Za’im. Ketua Pegawai Eksekutif PKNP, YH. Dato’ Mohd Faizal bin Jaafar telah mempengerusikan Mesyuarat Penutup yang membentangkan hasil pengauditan oleh pihak SIRIM QAS International Sdn. Bhd. Turut hadir Timbalan Ketua Pegawai Eksekutif (Pengurusan), YBhg. Datin Hajah Noraskin binti Jamaludin, serta semua pengurusan PKNP. YH. Dato’ juga mengucapkan syabas dan terima kasih kepada seluruh warga kerja PKNP yang telah memberi komitmen yang tinggi dalam memastikan prestasi kerja cemerlang dengan penambahbaikan yang berterusan.

kembali
 
 


Copyright © 2024 Perbadanan Kemajuan Negeri Pahang e-Agency Services. All rights reserved.