Berita Semasa  
e-Agency
  Berita 


PKNP RAIH PLATINUM ANUGERAH PENTADBIRAN CEMERLANG (APEC)
18/12/2023 by Sharifah Nur Yusra binti Tuan Rasli
Perbadanan Kemajuan Negeri Pahang (PKNP) berjaya membawa pulang Anugerah Platinum bagi Anugerah Pentadbiran Cemerlang (APEC) pada Majlis Penyampaian Anugerah Pahang 1st (APF) tahun 2023 yang diadakan di Dewan Jubli Perak Sultan Ahmad Shah, Kuantan pada malam ini. Menurut Ketua Pegawai Eksekutif PKNP, YH. Dato’ Mohd Faizal bin Jaafar, Anugerah Platinum ini merupakan satu penghargaan yang istimewa dan telah menyuntik semangat yang positif kepada seluruh warga kerja PKNP untuk terus memberikan komitmen yang tinggi dalam menjalankan tugas. Malah, kejayaan memperoleh Anugerah Platinum pada tahun ini juga disifatkan sebagai peningkatan yang sangat bermakna kerana pada tahun 2022, PKNP telah berjaya membawa pulang Emas bagi Anugerah Pentadbiran Cemerlang Sektor Awam. Anugerah Pahang 1st 2023 diadakan bertujuan untuk memberi pengiktirafan dan insentif kepada Jabatan Negeri, Agensi dan Badan Berkanun di Negeri Pahang bagi prestasi tadbir urus yang cemerlang serta secara tidak langsung sebagai salah satu usaha untuk meningkatkan mutu penyampaian perkhidmatan awam. Kira - kira 55 jabatan telah menyertai pencalonan bagi pelbagai kategori anugerah yang dinilai daripada pelbagai aspek antaranya pelaksanaan strategi, maklumat, pelanggan, tenaga kerja dan proses yang efektif. Turut hadir pada majlis tersebut adalah Timbalan Ketua Pegawai Eksekutif (Pengurusan) merangkap Ketua Pegawai Digital PKNP, YBhg. Datin Hajah Noraskin binti Jamaludin, Pengurus ICT, Puan Nor Azilah binti Abdul Aziz, Pengurus Pentadbiran dan Sumber Manusia, Puan Nooremi binti Musa, Pengurus Unit Pengurusan Kualiti, Risiko dan Integriti, Puan Marlia binti Osman dan Pegawai Perhubungan Awam, Puan Dhaleazafarina Md Zabani.

kembali
 
 


Copyright © 2024 Perbadanan Kemajuan Negeri Pahang e-Agency Services. All rights reserved.