Berita Semasa  
e-Agency
  Berita 


KDYMM SERI PADUKA BAGINDA RAJA PERMAISURI AGONG BERKENAN BERANGKAT KE PRIVATE VIEWING OF
19/12/2023 by Sharifah Nur Yusra binti Tuan Rasli
KDYMM Seri Paduka Baginda Raja Permaisuri Agong, Tunku Azizah Aminah Maimunah Iskandariah binti Almarhum Al-Mutawakkil Alallah Sultan Iskandar Al - Haj berkenan mencemar duli berangkat ke “Private Viewing of The Latest Creations Tenun Pahang Diraja by RASB” Sungai Soi, Kuantan di Mandarin Oriental Hotel Kuala Lumpur pada 17 Disember 2023. Seri Paduka Baginda diiringi paduka - paduka anakanda turut berkenan melihat koleksi - koleksi terkini dan eksklusif dari Realistic Attraction Sdn Bhd (RASB). Realistic Attraction Sdn Bhd merupakan anak syarikat kepada Perbadanan Kemajuan Negeri Pahang. Program ‘Private Viewing’ ini adalah yang kali kedua diadakan selepas kejayaan penganjuran seumpamanya pada tahun lepas di Kuantan, Pahang. Program ini diadakan bagi mempamerkan rekaan dan ragam hias terkini dan eksklusif Tenun Pahang Diraja, Sungai Soi, Kuantan. ‘Private Viewing’ ini juga diadakan khas bagi memperkenal dan mempromosikan lebih 160 helai fabrik Tenun Pahang Diraja yang merupakan koleksi - koleksi eksklusif yang menekankan kepada penggunaan teknik dan penampilan rekacorak menarik dan estetik mengikut trend fesyen terkini. Tema yang diketengahkan kali ini adalah rekaan yang berkonsepkan batu permata. Malah, pelbagai teknik tenunan digunakan seperti teknik ikat pakan, teknik sapuan benang loseng, teknik jalin, teknik colek, teknik gigi belalang, penggunaan benang ikat dan benang fancy. Program ini turut dihadiri oleh Y.A.M Tengku Puteri Seri Kemala Tengku Hajah Dato’ Aishah binti Almarhum Sultan Ahmad Shah Al - Musta’in Billah, isteri kepada YAB. Menteri Besar Pahang, Datin Seri Dato’ Hajah Burhah binti Mohammed, Setiausaha Kerajaan Pahang, Dato’ Sri Haji Zulkifli bin Haji Yaacob dan isteri, YB. Pegawai Kewangan Negeri Pahang, Dato’ Indera Nazri bin Abu Bakar dan isteri serta tetamu - tetamu kehormat yang lain.

kembali
 
 


Copyright © 2024 Perbadanan Kemajuan Negeri Pahang e-Agency Services. All rights reserved.