Berita Semasa  
e-Agency
  Berita 


MAJLIS PERHIMPUNAN AWAL TAHUN 2024 DAN MAJLIS PERSARAAN ANGGOTA PEKERJA PKNP
10/01/2024 by Muhammad Farhan bin Mohd Kamarulzaman
Majlis Perhimpunan Awal Tahun 2024 dan Majlis Persaraan Anggota Pekerja PKNP telah diadakan baru-baru ini di Dewan Utama EDC, Tingkat 3, Kompleks Teruntum.

Ketua Pegawai Eksekutif PKNP, YH. Dato' Mohd Faizal bin Jaafar dalam ucaptamanya berkata, warga kerja PKNP diseru supaya memberikan fokus terhadap hala tuju tahun 2024 serta melipatgandakan usaha dalam mencari solusi dengan mengeksplorasi cara kerja secara kreatif dan inovatif dalam mencapai sasaran kerja tahun 2024.

Dalam majlis yang sama, beliau turut mengumumkan perubahan dan penstrukturan fungsi PKNP bagi tahun 2024 dengan pelantikan Tuan Haji Mohamad Hasrizal bin Hasim sebagai Pengurus Besar RT Development & Engineering, Encik Mohd Rizal bin Redzuan sebagai Pemangku Pengurus Perindustrian, Encik Issma Rohaizad bin Abdul Wahab sebagai Pemangku Pengurus Teknik serta Encik Mohd Fahmi bin Abdul Ghani sebagai Pemangku Ketua Pegawai Operasi Realistic Attraction Sdn. Bhd. (Tenun Pahang Diraja Soi).

Selain itu, turut diumumkan adalah kenaikan pangkat Puan Noraini binti Misran ke jawatan Pegawai Tadbir Gred N52 sekaligus menyandang jawatan sebagai Pengurus Pemasaran dan Pengurusan Harta serta kenaikan pangkat Puan Marlia binti Osman, Pengurus Unit Pengurusan Kualiti, Risiko & Integriti ke jawatan Pegawai Tadbir Gred N48. Turut terlibat dengan kenaikan pangkat ialah Encik Mohd Rozaimie bin Mohamad, Pemandu Kenderaan Gred H11 ke Gred H14. Selaras penyusunan semula struktur organisasi dan perubahan fungsi PKNP, beberapa anggota pekerja juga telah terlibat dengan urusan pertukaran bagi memastikan matlamat tersebut dapat dilaksanakan dengan lebih proaktif.

Pada akhir ucapan beliau, Ketua Pegawai Eksekutif turut mengetuai Lafaz Ikrar Integriti PKNP yang bertujuan menginstitusikan struktur tadbir urus yang bebas rasuah dalam kalangan anggota pekerja PKNP. Disamping penyampaian amanat tahun baru, majlis ini turut meraikan tiga orang pesara PKNP, iaitu Puan Hajah Suliyati binti Abdul Rahman, mantan Pengurus Pemasaran dan Pengurusan Harta, Encik Ismail bin Mustafar, Pembantu Operasi N14 dan Encik Mohd Raffi bin Embong, Pemandu Kenderaan H14.

Ketua Pegawai Eksekutif turut berpeluang menyampaikan ucapan selain menyampaikan Cenderahati Persaraan kepada ketiga-tiga pesara.

Pihak Pengurusan dan seluruh warga kerja PKNP mengambil kesempatan untuk mengucapkan jutaan terima kasih atas segala jasa dan bakti yang diberikan serta selamat maju jaya kepada pesara-pesara dalam apa jua lapangan yang diceburi pada masa akan datang.

kembali
 
 


Copyright © 2024 Perbadanan Kemajuan Negeri Pahang e-Agency Services. All rights reserved.