Berita Semasa  
e-Agency
  Berita 


PKNP HADIRI MAJLIS PERJUMPAAN PENJAWAT AWAM NEGERI PAHANG BERSAMA-SAMA YAB MENTERI BESAR PAHANG
11/01/2024 by Sharifah Nur Yusra binti Tuan Rasli
PKNP yang diketuai oleh Ketua Pegawai Eksekutif PKNP, YH. Dato' Mohd Faizal bin Jaafar telah menghadiri Majlis Perjumpaan Penjawat Awam Negeri Pahang bersama-sama Yang Amat Berhormat Menteri Besar Pahang bertempat di Dewan Jubli Perak Sultan Haji Ahmad Shah, Kuantan pada pagi ini.

Perjumpaan ini melibatkan seluruh kakitangan awam dari seluruh daerah di negeri Pahang yang hadir sama ada secara fizikal atau secara atas talian.

Antara ucapan dan amanat penting oleh Yang Amat Berhormat Menteri Besar Pahang, Dato' Sri Haji Wan Rosdy bin Wan Ismail adalah beliau berpesan penjawat awam tidak boleh kekal selesa dan terus berada di 'comfort zone'. Sebagai penjawat awam, kita juga perlu berubah ke arah yang lebih baik serta berani menghadapi cabaran.

Beliau turut menyeru penjawat awam agar terus memberikan perkhidmatan terbaik untuk mencapai misi & visi yg telah disusun oleh Kerajaan Pahang dan jadikan hari ini lebih baik dari semalam.

Turut hadir dipihak PKNP adalah Timbalan Ketua Pegawai Eksekutif (Pengurusan) PKNP, Y.Bhg. Datin Hajah Noraskin binti Jamaludin, Timbalan Ketua Pegawai Eksekutif (Pembangunan) PKNP, Encik Mohd Razif bin Abdul Malek, pengurus-pengurus serta pegawai-pegawai kanan di Bahagian dan Unit di PKNP.

kembali
 
 


Copyright © 2024 Perbadanan Kemajuan Negeri Pahang e-Agency Services. All rights reserved.