Berita Semasa  
e-Agency
  Berita 


PROGRAM BACK TO SCHOOL SUNTIK SEMANGAT MURID ASNAF KE SEKOLAH
25/01/2024 by Sharifah Nur Yusra binti Tuan Rasli
Program Bantuan Persekolahan “Back To School” 2024 anjuran Biro Kebajikan Dan Pendidikan Puspanita PKNP telah diadakan pada hari Selasa, 16 Januari 2024 bertempat di Sekolah Kebangsaan Tanah Putih Baru, Kuantan, Pahang Darul Makmur. Program ini menyasarkan pemberian barangan sekolah kepada seramai 30 orang murid asnaf telah dihadiri oleh Pengerusi Puspanita PKNP , YBhg. Datin Zuhaira binti Zainordin dan Timbalan Pengerusi Puspanita PKNP, YBhg. Datin Hajah Noraskin binti Jamaludin. Turut hadir sama adalah Setiausaha Puspanita PKNP, Puan Nor Azilah binti Abdul Aziz, Ketua Biro Kebajikan & Pendidikan Puspanita PKNP, Puan Salwa binti Mohd Kasim serta AJK-AJK Kecil yang terlibat.

kembali
 
 


Copyright © 2024 Perbadanan Kemajuan Negeri Pahang e-Agency Services. All rights reserved.