Berita Semasa  
e-Agency
  Berita 


KEHADIRAN YAB. MENTERI BESAR PAHANG MERIAHKAN KEJOHANAN GOLF PKNP BERSAMA-SAMA JABATAN/AGENSI KERAJAAN NEGERI PAHANG
25/01/2024 by Sharifah Nur Yusra binti Tuan Rasli
PKNP telah menganjurkan Kejohanan golf yang melibatkan jabatan/ agensi Kerajaan Pahang pada 21 Januari 2024 bertempat di Kelab Golf Diraja Pahang, Kuantan. Kejohanan yang berlangsung dalam cuaca yang baik tersebut melibatkan penyertaan seramai lebih kurang 60 pemain golf dari seluruh jabatan/ agensi di Negeri Pahang. Kejohanan turut dimeriahkan dengan penyertaan daripada YAB. Menteri Besar Pahang merangkap Pengerusi PKNP, Dato' Sri Haji Wan Rosdy bin Wan Ismail yang yang telah menunjukkan minat serta kebolehan beliau dalam sukan golf ini. Antara individu -individu kenamaan yang turut serta dalam kejohanan ini adalah Exco Kerajaan Negeri, Ahli-Ahli Dewan Undangan Negeri, Ketua-Ketua Syarikat GLC Pahang, Ketua- ketua Jabatan/ Agensi Kerajaan, Pengurus- Pengurus Besar syarikat pelaburan, Presiden persatuan berkaitan pelabur dan lain-lain yang berkaitan. Turut hadir dipihak PKNP adalah Ahli- ahli Perbadanan PKNP, YH. Dato' Wan Asmadi bin Wan Ahmad dan YH. Dato' Mohd A Aruwan bin Ab Aziz serta Timbalan Ketua Pegawai Eksekutif (Pengurusan) PKNP, Y. Bhg. Datin Hajah Noraskin binti Jamaludin. Tahniah diucapkan kepada semua pemenang dan terima kasih kepada semua yang terlibat dalam menjayakan kejohanan golf anjuran PKNP ini!

kembali
 
 


Copyright © 2024 Perbadanan Kemajuan Negeri Pahang e-Agency Services. All rights reserved.