Berita Semasa  
e-Agency
  Berita 


PKNP SEBAGAI ONE STEP AGENCY (OSA) PERKILANGAN NEGERI PAHANG
25/01/2024 by Sharifah Nur Yusra binti Tuan Rasli
Bahagian Perindustrian PKNP baru-baru ini telah menyelaraskan satu Mesyuarat OSA bersama pelabur bagi membincangkan isu-isu dan keperluan Projek Pembinaan Kilang “Metal Catalyst Recovery” oleh Syarikat Taiyo Koko Malaysia Sdn. Bhd. Mesyuarat yang diadakan di Dewan Seminar PKNP, Tingkat 3, Kompleks Teruntum turut dihadiri oleh wakil Jabatan dan Agensi yang dijemput bagi memberi input berkaitan keperluan teknikal dan dokumentasi yang diperlukan di Negeri Pahang sebagai persediaan pihak syarikat membuat permohonan Kebenaran Merancang bagi projek di Kawasan Perindustrian Gebeng, Mukim Sungai Karang, Daerah Kuantan, Pahang Darul Makmur. Mesyuarat ini dipengerusikan oleh Pemangku Pengurus Perindustrian Encik Mohd Rizal Redzuan, turut hadir Pemangku Pengurus Teknik Encik Issma Rohaizad Abdul Wahab dan Puan Nur Afiqah Haballah, Penolong Pengurus Perindustrian.

kembali
 
 


Copyright © 2024 Perbadanan Kemajuan Negeri Pahang e-Agency Services. All rights reserved.