Berita Semasa  
e-Agency
  Berita 


BENGKEL SEMAKAN PELAN STRATEGIK PKNP 2024
22/03/2024 by Sharifah Nur Yusra binti Tuan Rasli
Bengkel Semakan Pelan Strategik PKNP 2024 telah berlangsung dengan jayanya bermula pada 4 Mac 2024 sehingga 6 Mac 2024. Bengkel ini disertai oleh Ketua Pegawai Eksekutif PKNP, YH. Dato’ Mohd Faizal bin Jaafar, Timbalan Ketua Pegawai Eksekutif (Pengurusan), YBhg. Datin Hajah Noraskin binti Jamaludin, Timbalan Ketua Pegawai Eksekutif (Pembangunan), Encik Mohd Razif bin Abdul Malek, barisan Pengurus Bahagian/Unit PKNP dan Pegawai A yang terlibat. Program yang berlangsung selama tiga hari ini bertujuan bagi menyemak dan membuat pindaan kepada Pelan Strategik PKNP 2021-2026 sedia ada dengan penambahbaikan dari segi kandungan bagi memenuhi hala tuju strategik semasa PKNP. Disamping itu, Puan Nor Azilah binti Abdul Aziz, Pengurus ICT turut membentangkan Pelan Digital PKNP yang perlu digariskan dalam Pelan Strategik PKNP sebagai usaha berterusan untuk PKNP bergerak ke arah digitalisasi. Bengkel ini turut dibantu oleh pihak perunding dari Akademi PKNS Sdn Bhd, Encik Mohd Raihan bin Mohd Tahir bagi menyemak imbang kandungan Pelan Strategik PKNP yang perlu ditambahbaik. Ketua Pegawai Eksekutif dalam ucapan perasmian beliau menekankan Pelan Strategik PKNP perlu dijadikan panduan dan rujukan utama kepada semua anggota pekerja PKNP bagi menjamin kejayaan PKNP dalam setiap hala tuju yang ingin dicapai pada masa akan datang.

kembali
 
 


Copyright © 2024 Perbadanan Kemajuan Negeri Pahang e-Agency Services. All rights reserved.