Berita Semasa  
e-Agency
  Berita 


PKNP ANJUR PROGRAM MEMASAK DAN AGIHAN GULAI KAWAH SEMPENA IHYA RAMADAN 1445H
22/03/2024 by Sharifah Nur Yusra binti Tuan Rasli
PKNP telah menganjurkan Program Memasak Gulai Kawah Sempena Ihya Ramadan 1445H bertempat di perkarangan Kompleks Teruntum pada 14 Mac 2024 semalam. Penganjuran program yang dibuat saban tahun ini melibatkan sebilangan anggota pekerja PKNP yang bergotong - royong dalam penyediaan bahan masakan sehingga ke proses akhir iaitu pengagihan gulai kawah kepada kakitangan PKNP, jabatan/organisasi di Kompleks Teruntum serta orang awam. Penganjuran program ini turut dimeriahkan dengan kehadiran Ketua Pegawai Eksekutif PKNP, YH. Dato’ Mohd Faizal bin Jaafar, Timbalan Ketua Pegawai Eksekutif (Pengurusan) PKNP, Y.Bhg. Datin Hajah Noraskin binti Jamaludin dan Timbalan Ketua Pegawai Eksekutif (Pembangunan) PKNP, Encik Mohd Razif bin Abdul Malek yang turut sama membantu persiapan serta memasak gulai kawah tersebut. Pada hari yang sama di sebelah petang pula, PKNP telah turut serta dalam program Ihya Ramadan 1445H Peringkat Negeri Pahang anjuran Jabatan Agama Islam Pahang(JAIP) yang mana PKNP telah mengagihkan sebanyak 200 bekas gulai kawah kepada orang awam bertempat di Padang MBK 1, Kuantan.

kembali
 
 


Copyright © 2024 Perbadanan Kemajuan Negeri Pahang e-Agency Services. All rights reserved.