Berita Semasa  
e-Agency
  Berita 


MENTERI BESAR PAHANG MEMPENGERUSIKAN MESYUARAT AHLI PERBADANAN PKNP DAN BERBUKA PUASA BERSAMA WARGA KERJA KUMPULAN PKNP
25/03/2024 by Sharifah Nur Yusra binti Tuan Rasli
YAB. Menteri Besar Pahang, Dato’ Sri Haji Wan Rosdy bin Wan Ismail mempengerusikan Mesyuarat Ahli Perbadanan PKNP Bil.1 /2024 di BCIC Lodge, Bandar Indera Mahkota, Kuantan pada 21 Mac 2024. Seterusnya, YAB. Dato’ Sri Haji Wan Rosdy yang juga merangkap Pengerusi PKNP telah meluangkan masa berbuka puasa dan menunaikan solat maghrib bersama hampir 280 orang Warga Kerja Kumpulan PKNP. Beliau turut memberikan sumbangan kepada 60 orang pelajar tahfiz dari Maahad Tahfiz Baitul Hasanah, Kuantan. Turut hadir pada majlis ini adalah Setiausaha Kerajaan Pahang, Dato’ Sri Haji Zulkifli bin Haji Yaacob, Ahli - Ahli Perbadanan PKNP, Pengurusan PKNP, Pegawai Kanan Anak Syarikat serta Warga Kerja Kumpulan PKNP.

kembali
 
 


Copyright © 2024 Perbadanan Kemajuan Negeri Pahang e-Agency Services. All rights reserved.