Berita Semasa  
e-Agency
  Berita 


KEJOHANAN MINI SUKAN PKEN (SUPERB) KEDAH 2012 BERMULA
29/12/2012 by Mazilah binti Mansor
- Pasukan PKNP memulakan langkah dengan aksi cemerlang
Alor Setar, Kedah. Tirai Kejohanan Mini Sukan PKEN (SUPERB)-Kedah 2012 telah dibuka secara rasminya dengan menyaksikan kelima-lima gelanggang sukan dibuka serentak pagi ini.

Pada peringkat awal pertandingan, pasukan Bolajaring PKNP menunjukkan aksi cemerlang setelah membenamkan pasukan Pulau Pinang (PDC) dengan jaringan 27 – 0. Manakala dalam acara Futsal, pasukan PKNP turut cemerlang setelah mengalahkan pasukan Terenganu (PMINT) 4-1.

Kira-kira 900 orang peserta dari Perbadanan Kemajuan Ekonomi Negeri kecuali Johor telah berkampung di Negeri Kedah Darul Aman dengan misi yang sama untuk mengungguli dan membawa pulang piala SUPERB.

kembali
 
 


Copyright © 2024 Perbadanan Kemajuan Negeri Pahang e-Agency Services. All rights reserved.