Berita Semasa  
e-Agency
  Berita 


KEJOHANAN MINI SUKAN PKEN – KEDAH 2012
30/12/2012 by Mazilah binti Mansor
Pasukan PKNP tampil dengan semangat juang yang tinggi
Alor Setar, Kedah. Kejohanan Mini Sukan PKEN (SUPERB) – Kedah 2012 telah sampai ke penghujungnya.

Sepanjang kejohanan berlangsung, pasukan PKNP menunjukkan semangat juang yang tinggi untuk menjuarai kelima-lima acara sukan yang dipertandingkan. Pasukan Bolajaring dan Karom yang berjaya melayakkan diri ke peringkat akhir disekat oleh pasukan Perbadanan Kemajuan Negeri Selangor (PKNS) dan sekaligus Naib Johan menjadi milik PKNP bagi kedua-dua acara.

Dalam acara Boling, pasukan PKNP turut cemerlang dalam kategori beregu lelaki dan perseorang lelaki setelah merangkul pingat Perak dalam kedua-dua kategori. Pasukan Futsal redha menerima kekalahan semasa bertemu Perlis di peringkat suku akhir setelah pengadil memutuskan supaya pemenang ditentukan secara melambung duit syiling.

kembali
 
 


Copyright © 2024 Perbadanan Kemajuan Negeri Pahang e-Agency Services. All rights reserved.