Berita Semasa  
e-Agency
  Berita 


PENUBUHAN TABUNG AMANAH PEMBANGUNAN SOSIO-EKONOMI PKNP
07/03/2013 by Mazilah binti Mansor
- Platform untuk mengembangkan aktiviti sosial serta melaksanakan dasar kerajaan yang mesra rakyat
Kuantan. PKNP akan terus mendokong agenda pembangunan yang diterajui oleh kerajaan dengan memberi fokus kepada pembangunan sosio-ekonomi khususnya di kawasan luar bandar.

Demikian dinyatakan oleh Ketua Eksekutif PKNP, Dato’ Haji Lias bin Mohd Noor ketika berucap di Majlis Pelancaran Program Amanah PKNP baru-baru.

“Pada peringkat permulaan, PKNP mengambil inisiatif untuk menggerakkan program kemasyarakatan yang bertujuan untuk mencari ruang bagi mendekati masyarakat dan dalam masa mencadang dan menjalankan program atau aktiviti yang dapat dimanfaatkan oleh penduduk setempat”, kata beliau.

“Mungkin orang beranggapan ianya adalah sebahagian daripada “corporate social responsibility” yang dilaksanakan oleh PKNP, namun bagi PKNP apa yang dilakukan adalah tangungjawab utama yang mesti digalas, dilaksana dan memastikan kejayaannya selaras dengan perananya sebagai agen perubahan”, katanya lagi.

Menurut beliau, pemilihan kampung yang terlibat dalam program kemasyarakatan adalah berdasarkan kepada pelaksanaan projek pembangunan di kawasan sekitar serta dilihat dari segi potensi penglibatan kampung berkenaan dalam arus pembangunan yang akan dilaksanakan oleh PKNP.

Menurutnya lagi, pelaksanaan program kemasyakaratan PKNP dipertingkatkan lagi melalui penubuhan Tabung Amanah Pembangunan Sosio-Ekonomi PKNP yang akan menjadi platform untuk mengembangkan aktiviti-aktiviti sosial serta melaksanakan dasar kerajaan yang mesra rakyat.

“Bagi memastikan tabung amanah yang dipengerusikan oleh Menteri Besar Pahang, Dato’ Sri Diraja Haji Adnan bin Haji Yaakob mempunyai sumber dana yang mencukupi, PKNP telah memberikan komitmen dengan menyumbang sebanyak RM1 juta setiap tahun supaya aktiviti yang dirancang dapat dilaksanakan secara berterusan”.

“PKNP berharap agar badan-badan korporat juga dapat bersama-sama memberi sumbangan “corporate social responsibility” masing-masing melalui Program Amanah PKNP ini”, tambah beliau.

“Pelaksanaan program amanah ini akan melibatkan pengembelingan tenaga bersama agensi kerajaan yang terlibat secara langsung dengan pembangunan masyarakat supaya memberi impak keberhasilan dan kejayaan yang lebih berkesan”, tambahnya lagi.

Dato’ Lias berkata, PKNP telahpun mengenalpasti empat aktiviti utama yang akan digerakkan yang merangkumi penyediaan premis dan prasarana perniagaan, melaksanakan projek ekonomi yang boleh menambah sumber pendapatan, melaksana program pembangunan modal insan yang meliputi latihan dan pembudayaan serta penganjuran program bersama agensi lain, NGO dan pihak luar termasuk badan-badan atau swasta.

Seramai 850 orang yang terdiri dari penduduk kampung yang diletakkan di bawah program kemasyakatan PKNP telah menghadiri majlis ini.

kembali
 
 


Copyright © 2024 Perbadanan Kemajuan Negeri Pahang e-Agency Services. All rights reserved.