Berita Semasa  
e-Agency
  Berita 


“JUARA BUKAN KEUTAMAAN PKNP” – DATO’ SRI DIRAJA HAJI ADNAN
22/03/2014 by Mazilah binti Mansor
.
Kuantan. Pemilihan selaku tuan rumah untuk penganjuran Sukan Gemaputera Kali Ke-XIII merupakan satu kepercayaan dan penghargaan kepada Perbadanan Kemajuan Negeri Pahang (PKNP).

Demikian dinyatakan oleh Menteri Besar Pahang, Dato’ Sri Diraja Haji Adnan bin Haji Yaakob yang juga Pengerusi PKNP kepada media dalam satu sidang akhbar baru-baru ini.

Menurut beliau, pihak PKNP telahpun bersiap sedia untuk menerima kunjungan kira-kira 1,100 ahli Gemaputera seluruh Negara.

Katanya lagi, Pihak PKNP akan berusaha sehabis baik untuk memastikan keselesaan setiap peserta sepanjang kejohanan berlangsung bermula pada 26 sehingga 29 Mac 2014.

“Menjadi juara atau sebaliknya bukanlah perkara utama, tetapi kepercayaan agensi lain ke atas keupayaan mengelolakan sukan ini merupakan satu penghormatan kepada PKNP”.

Beliau berkata demikian apabila diajukan soalan, adakah Kontingen PKNP sendiri meletakkan sasaran untuk mengungguli keenam-enam acara yang akan dipertandingkan seperti Golf, Boling, Futsal, Bola Jaring, Karom dan Memancing.

Gemaputera merupakan singkatan kepada Gabungan Agensi Amanah Bumiputera dan Perusahaan Awam Malaysia. Keanggotaannya terdiri dari kesemua Perbadanan Kemajuan Ekonomi Negeri (PKEN) dan UDA Holdings Berhad.

kembali
 
 


Copyright © 2024 Perbadanan Kemajuan Negeri Pahang e-Agency Services. All rights reserved.