Berita Semasa  
e-Agency
  Berita 


PROGRAM PEMBANGUNAN HALAL NEG.PAHANG 2014 - PEMATUHAN & INSENTIF DALAM PERNIAGAAN
26/09/2014 by Fauziah binti Abd Ghaffar
Kerajaan Negeri Pahang bersama PKNP dan Institut Pembangunan Pengurusan Johor (IPPJ) akan menganjurkan "Program Pembangunan Halal Negeri Pahang 2014 ~ Pematuhan & Insentif Dalam Perniagaan" seperti berikut :-

Tarikh : 2 Oktober 2014 (Khamis)
Masa  :  8.00 pagi - 5.00 petang
Tempat : Kompleks Dagangan mahkota, Kuantan


Majlis Perasmian akan disempurnakan oleh YAB Menteri Besar Pahang.  Antara objektif program adalah untuk meningkatkan kefahaman, keperluan dan kepentingan Pematuhan Persijilan Halal serta mewujudkan jaringan dan membuka peluang-peluang pasaran tempatan dan global kepada pengusaha industri halal.  Di samping itu program ini juga menyediakan platform untuk berkongsi pengalaman di antara pengusaha IKS agar dapat memberi rangsangan dan keyakinan bahawa industri halal memberi pulangan yang lumayan.
Penyertaan terbuka kepada Usahawan, pengusaha makanan, pengusaha hotel, pembekal produk dan perkhidmatan halal, perunding, ahli akademik dan pelajar serta individu yang berminat menyertai bisnes halal.

Penyertaan adalah PERCUMA. 

kembali
 
 


Copyright © 2024 Perbadanan Kemajuan Negeri Pahang e-Agency Services. All rights reserved.