Berita Semasa  
e-Agency
  Berita 


SUKAN GEMAPUTERA XV PERLIS 2018
26/03/2018 by Mazilah binti Mansor

Kontingen PKNP diingatkan supaya berdisiplin dan jaga nama baik organisasi


Kuantan.   Kontingen PKNP ke Sukan GEMAPUTERA XV Perlis 2018 diingatkan supaya menjaga nama baik organisasi di sepanjang kejohanan berlangsung bermula pada 27 hingga 28 Mac 2018.



Ketua Pegawai Eksekutif PKNP, Dato’ Indera Haji Abdul Rahim bin Mohd Ali berkata demikian semasa berucap di Majlis Penyerahan Bendera kepada Kontingen PKNP baru-baru ini.


 


“Fokus PKNP kali ini ialah untuk mendapatkan tempat yang terbaik tetapi pastikan kemenangan diperolehi melalui  permainan yang penuh dengan semangat kesukanan serta daya juang dan disiplin yang tinggi”, kata beliau.


 


Beliau seterusnya mengingatkan para peserta supaya mengambil peluang untuk mengukuhkan hubungan silaturrahim dan menjadikan gelanggang sebagai platform untuk mewujudkan networking dalam kalangan ahli GEMAPUTERA yang terdiri dari anggota pekerja Perbadanan Kemajuan Ekonomi Negeri seluruh negara dan UDA Holdings Berhad .


 


Sebanyak enam (6) acara sukan seperti Golf, Boling, Bola Jaring, Badminton, Ping Pong dan Futsal telah dimuktamadkan penyertaaannya dengan penglibatan seramai 101 orang anggota pekerja Kumpulan PKNP .


 


Sebagai langkah untuk memastikan keperluan kontingen pada tahap yang terbaik, Timbalan Ketua Pegawai Eksekutif (Korporat), Dato’ Hajah Khalijah binti Abdul Malek telah diberti tanggungjawab selaku Ketua Kontingen PKNP.


kembali
 
 


Copyright © 2024 Perbadanan Kemajuan Negeri Pahang e-Agency Services. All rights reserved.