Berita Semasa  
e-Agency
  Berita 


PKNP DIBERI MANDAT KENDALI PROGRAM LATIHAN GEMAPUTERA
05/08/2018 by Mazilah binti Mansor
.
Mesyuarat Ahli Jawatankuasa EXCO GEMAPUTERA yang berlangsung pada 16 Julai 2018 telah meluluskan peruntukan sebanyak RM60,000.00 supaya PKNP selaku Pengerusi Jawatankuasa Latihan melaksanakan program/aktiviti latihan.

Timbalan Ketua Pegawai Eksekutif, YH. Dato’ Hajah Khalijah Abdul Malek yang hadir mewakili Ketua Pegawai Eksekutif PKNP telah membentangkan perancangan latihan untuk sesi 2018 – 2020.

Sebanyak empat program latihan yang melibatkan Pengurusan Tertinggi serta Kumpulan Pengurusan dan Profesional Gred N41 hingga N54 dari seluruh Perbadanan Kemajuan Ekonomi dan UDA Holdings Berhad akan dilaksanakan sepanjang tempoh tersebut.

kembali
 
 


Copyright © 2024 Perbadanan Kemajuan Negeri Pahang e-Agency Services. All rights reserved.