Berita Semasa  
e-Agency
  Berita 


PUSPANITA PKNP SANTUNI PELATIH PDK SEMURNI QASEH
29/05/2019 by Mazilah binti Mansor
 

Kuantan.  PUSPANITA PKNP telah mengadakan Program Santuni Pelatih Pusat Pemulihan Dalam Komuniti (PDK) Semurni Qaseh Bukit Rangin pada 27 Mei 2019 yang lalu.


Program seperti ini telah menjadi amalan tahunan PUSPANITA PKNP dengan hasrat untuk menggembirakan insan yang kurang bernasib baik di samping dapat menerapkan nikmat Ramadan dengan penuh rasa syukur dalam kalangan ahli-ahli PUSPANITA PKNP.


Sempena kunjungan, PUSPANITA PKNP telah menyampaikan sumbangan berbentuk barangan keperluan untuk kegunaan pusat tersebut serta hamper dan duit raya kepada 34 orang penghuni yang berumur antara 3 hingga 34 tahun.


Sumbangan telah disampaikan oleh Pengerusi Puspanita PKNP, Puan Zuhaira binti Zainordin.



kembali
 
 


Copyright © 2024 Perbadanan Kemajuan Negeri Pahang e-Agency Services. All rights reserved.