Berita Semasa  
e-Agency
  Berita 


PERUTUSAN KETUA PEGAWAI EKSEKUTIF PKNP
10/06/2019 by Mazilah binti Mansor
SEMPENA HARI RAYA AIDILFITRI 1440H/2019

Assalamualaikum Warahmatullahi  Wabarakatuh dan Salam Sejahtera.


Bersempena dengan ketibaan 1 Syawal 1440 Hijrah yang dijangkakan pada 5 Jun 2019, saya ingin mengucapkan Selamat Hari Raya Aidil Fitri kepada seluruh anggota pekerja  PKNP yang dikasihi.


Marilah kita tingkatkan rasa kesyukuran dan memperkasakan hubungan persaudaraan dengan ikatan kasih sayang kerana Allah SWT di antara  anggota pekerja PKNP kerana ia adalah asas kekuatan dan kejayaan di dalam sebuah organisasi. 


Sambutlah Aidil Fitri dengan penuh rasa kesyukuran dan bersederhana, teruskan budaya kunjung mengunjung dan gunakan peluang untuk bermaaf-maafan agar dapat melupakan segala salah dan silap dengan penuh ikhlas supaya tali silaturahim sedia ada dapat terus diperkukuhkan. Kepada yang ingin pulang ke kampung halaman berhati-hati di jalanraya dan ingatlah orang tersayang yang menanti. Patuhilah undang-undang lalulintas, pandu dengan cermat dan waspada. Semoga perjalanan anda semua selamat dan ceria.


Saya bagi pihak diri dan keluarga mengambil kesempatan ini untuk memohon maaf, zahir dan batin, di atas apa juga kesilapan di sepanjang tempoh saya berada di PKNP.  Semoga kita semua dilimpahi rahmat oleh Allah S.W.T jua,  Insya-Allah.


Selamat Hari Raya Aidilfitri. Maaf Zahir dan Batin. 



kembali
 
 


Copyright © 2024 Perbadanan Kemajuan Negeri Pahang e-Agency Services. All rights reserved.