Berita Semasa  
e-Agency
  Berita 


KOMPLEKS PENGEMBANGAN TENUN DIRAJA KAMPONG SOI TERUS JADI TUMPUAN
22/07/2019 by Mohd Ibrahim bin Hashim
Kompleks Tenun Pahang DiRaja terus jadi tumpuan dan pilihan destinasi para pelawat di sepanjang bulan Julai 2019
Seramai 50 orang Ahli Badan Kebajikan Keluarga Angkatan Tentera (BAKAT LAUT) Markas Wilayah Laut I yang berpangkalan di Tanjung Gelang, Kuantan telah melawat kompleks ini pada 9 Julai 2019. Manakala pada pada 10 Julai 2019 seramai 11 orang pelajar baharu Institut Kemahiran Tenun Pahang DiRaja Tengku Ampuan Besar Meriam turut mengadakan lawatan ke sini. Para pelawat diberi pendedahan dan informasi mengenai keunikan Tenun Pahang DiRaja serta proses penghasilannya yang dikekalkan secara buatan tangan dan tradisional. Sepanjang lawatan ahli-ahli rombongan telah diberikan taklimat proses penghasilan Tenun Pahang serta berpeluang menenun kain menggunakan peralatan tradisional

kembali
 
 


Copyright © 2024 Perbadanan Kemajuan Negeri Pahang e-Agency Services. All rights reserved.