Berita Semasa  
e-Agency
  Berita 


PKNP ANJUR SEMINAR TEKNOLOGI PEMBUNGKUSAN DAN PASARAN PRODUK SERTA PROGRAM PEMADANAN PERNIAGAAN MEET & MATCH
25/07/2019 by Mohd Ibrahim bin Hashim



Bersempena dengan Minggu Keusawahan dan PKS Zon Timur 2019, PKNP bersama rakan strategik usahawan seperti SME Corp., KPDNHEP serta SKM telah menganjurkan Seminar Teknologi Pembungkusan dan Pasaran Produk serta Program Pemadanan Perniagaan bertempat di Kompleks Dagangan Mahkota, Kuantan pada 18 Julai 2019 yang lalu.



Seramai 250 orang peserta telah menghadiri seminar ini yang bermatlamatkan untuk meningkatkan daya kebolehpasaran produk IKS yang bernaung di bawah bimbingan PKNP dan agensi-agensi keusahawanan di negeri Pahang.


Selain itu, PKNP juga memainkan peranan dalam menemukan Pengusha IKS Pahang dengan pengusaha pasaraya dala usaha untuk mempromosi dan memperkenalkan produk IKS. Melalui seminar ini para peserta diberi penerangan mengenai syarat dan terma yang dikenakan oleh pihak pasaraya serta persediaan yang diperlukan oleh usahawan IKS.

kembali
 
 


Copyright © 2024 Perbadanan Kemajuan Negeri Pahang e-Agency Services. All rights reserved.