Berita Semasa  
e-Agency
  Berita 


PKNP SERTAI KARNIVAL KEUSAHAWANAN PANTAI TIMUR 2019
26/07/2019 by Mohd Ibrahim bin Hashim
PKNP turut menyertai Karnival Keusahawanan Pantai Timur sempena Minggu Keusahawanan PKS Zon Pantai Timur 2019 yang berlangsung pada 26 Julai sehingga 28 Julai 2019 di Dataran Telok Chempedak, Telok Sisek, Kuantan.



Bahagian Pemasaran & Pengurusan Harta yang menyerai karnival ini akan membuka booth pameran bagi mempromosikan projek-projek perumahan dan perkedaian yang dilaksanakan oleh PKNP kepada para pengunjung.



Sementara itu, Bahagian Pembangunan Komuniti & Keusahawanan pula akan mempromosikan Usahawan Lobster Air Tawar yang berpotensi untuk dikembangkan secara komersial.


Karnival ini adalah anjuran bersama Kerajaan negeri Pahang dan Kementerian Pembangunan Usahawan dengan kerjasama rakan strategik usahawan seperti PKNP serta SME Corp. Karnival ini dibuka setiap hari bermula jam 8.30 pagi hingga 10.00 malam dengan aktiviti jualan dan pameran.


kembali
 
 


Copyright © 2024 Perbadanan Kemajuan Negeri Pahang e-Agency Services. All rights reserved.