Berita Semasa  
e-Agency
  Berita 


PKNP TURUT SERTAI MISI PELABURAN KERAJAAN NEGERI PAHANG KE SINGAPURA
06/08/2019 by Mohd Ibrahim bin Hashim
PKNP telah  menyertai Misi Pelaburan ke negara Singapura yang bermula pada 31 Julai hingga 2 Ogos 2019 baru-baru ini. Misi pelaburan ini adalah anjuran Kerajaan negeri Pahang yang diketuai YAB Menteri Besar Pahang, Dato' Sri Haji Wan Rosdy bin Wan Ismail.


Melalui misi pelaburan ini, PKNP telah berjaya menandatangani Memorandum Persefahaman (MOU) dengan Hercules Technology Sdn. Bhd. bagi cadangan pelaburan di Kawasan Perindustrian Gebeng, Kuantan dengan jangkaan pelaburan berjumlah RM450 juta.Majlis menandatangani MOU ini telah disaksikan oleh YAB Menteri Besar Pahang.


Delegasi PKNP diwakili Ketua Pegawai Eksekutif, Encik Mohd Faizal bin Jaafar, Pengurus Perindustrian,  Tuan Haji Md. Daud bin Abdul Rahman serta Penolong Pengurus Perindustrian, Puan Dahleazafarina binti Md. Zabani

kembali
 
 


Copyright © 2024 Perbadanan Kemajuan Negeri Pahang e-Agency Services. All rights reserved.