Berita Semasa  
e-Agency
  Berita 


PKNP SERTAI PERARAKAN DAN PERBARISAN HARI KEBANGSAAN KALI KE-62 PERINGKAT NEGERI PAHANG 2019
03/09/2019 by Mohd Ibrahim bin Hashim
Kuantan, 31 Ogos - Kontinjen PKNP yang ceria dengan pakaian berknsepkan warna bendera jalur gemilang megah melintasi pentas Diraja sempena penyertaan Majlis Sambutan Hari Kebangsaan Kali Ke-62 Peringkat Negeri Pahang 2019.


Walaupun gagal menempatkan diri kelompok tiga tempat terbaik, para peserta yang mewakili Kontinjen PKNP telah menunjukkan persembahan yang baik dengan mempamerkan semangat patriotik yang tinggi.


Ketua Pegawai Eksekutif PKNP, Encik Mohd Faizal bin Jaafar telah menerima tabik hormat ketika kontinjen PKNP  berjalan melepasi pentas Diraja semasa perarakan kontinjen berlangsung.


KDYMM Pemangku Raja Pahang, Tengku Mahkota Tengku Hassanal Ibrahim Alam Shah Ibni Al-Sultan Abdullah Ri'ayatuddin Al-Mustafa Billah Shah telah berkenan mencemar duli berangkat ke sambutan pada tahun ini. Hadir bersama YAB Menteri Besar Pahang, Ahli-Ahli Exco serta Ketua-Ketua Jabatan Negeri/Persekutuan.

kembali
 
 


Copyright © 2024 Perbadanan Kemajuan Negeri Pahang e-Agency Services. All rights reserved.