Berita Semasa  
e-Agency
  Berita 


KETUA PEGAWAI EKSEKUTIF PKNP MERAIKAN KONTINJEN PKNP
11/09/2019 by Mohd Ibrahim bin Hashim

Kuantan, 11 September - Ketua Pegawai Eksekutif PKNP, Encik Mohd Faizal bin Jaafar sempat meluangkan masa meraikan Kontinjen PKNP yang menyertai sambutan Hari Kebangsaan Kali  Ke-62 Peringkat Negeri Pahang 2019 yang telah diadakan pada 31 Ogos 2019 yang lalu.


Dalam ucapannya beliau mengucapkan tahniah kepada semua peserta yang telah menunjukkan semangat patriotik yang tinggi kerana kita semua bekerja untuk PKNP.


"Walaupun tidak berjaya memenangi tiga tempat terbaik, komitmen para peserta adalah amat dihargai.", tegas beliau.



"Cuba lagi pada tahun hadapan", ujar beliau lagi.



Ketua Pegawai Eksekutif kemudiaannya sempat beramah mesra dan bersarapan pagi bersama para peserta di Dewan EDC, Tingkat 3, Kompleks Teruntum.

kembali
 
 


Copyright © 2024 Perbadanan Kemajuan Negeri Pahang e-Agency Services. All rights reserved.