Berita Semasa  
e-Agency
  Berita 


PROGRAM SENAMROBIK PKNP - ERATKAN HUBUNGAN SILATURAHIM SELURUH WARGA KERJA PKNP
02/10/2019 by Mohd Ibrahim bin Hashim
Kuantan, 1 Oktober - Penganjuran Program Senamrobik PKNP dapat mengeratkan hubungan silaturahim selain memupuk semangat  ta'awun iaitu saling membantu dan bekerjasama di antara seluruh warga kerja PKNP.


Hal ini dinyatakan Ketua Pegawai Eksekutif PKNP, Encik Mohd Faizal bin Jaafar ketika menyampaikan ucapan di Program Senamrobik PKNP yang telah berlangsung di Tingkat 4, Kompleks Teruntum baru-baru ini.


PKNP mengaktifkan semula program ini sebagai langkah untuk melahirkan anggota pekerja yang  cergas, sihat  dan produktif. Program senamrobik mula diperkenalkan di organisasi ini pada tahun 2006 tetapi di atas beberapa faktor telah dihentikan pada April 2008.


Pengurusan PKNP telah menetapkan program ini diadakan selama satu jam pada hari Selasa minggu pertama dan ketiga setiap bulan bermula jam 8.00 apgi hingga 9.00 pagi.


Seramai 120 anggota pekerja PKNP telah menyertai program ini. Hadir bersama Timbalan Ketua Pegawai Eksekutif, Setiausaha Perbadanan serta Pengurusan PKNP.



kembali
 
 


Copyright © 2024 Perbadanan Kemajuan Negeri Pahang e-Agency Services. All rights reserved.