Berita Semasa  
e-Agency
  Berita 


PROGRAM RAMAH MESRA BERSAMA PENIAGA-PENIAGA KDM
03/10/2019 by Mohd Ibrahim bin Hashim
Kuantan, 1 Oktober - Program Ramah Mesra Bersama Peniaga-Peniaga Kompleks Dagangan Mahkota (KDM) anjuran PKNP menjadi platform untuk mewujudkan jaringan perniagaan dalam kalangan usahawan KDM.


Melalui program ini turut diadakan perbincangan dua hala berkaitan keperluan latihan dan bimbingan yang boleh di atur oleh PKNP di samping berkongsi maklumat, peluang dan kemudahan yang boleh disalurkan kepada para peniaga.


Seramai 50 orang peniaga KDM telah menghadiri program ini. Selain itu melalui program ini pihak PKNP dapat menyelami permasalahan yang dihadapi khususnya berhubung operasi perniagaan.


Program ini dirasmikan oleh Ketua Pegawai Eksekutif, Encik Mohd Faizal bin Jaafar. Turut hadir ,Timbalan Ketua Pegawai Eksekutif, Setiausaha Perbadanan, Pengurus Pembangunan Komuniti dan Keusahawanan serta Pengurus Pemasaran dan Pengurusan Harta.


Adalah menjadi harapan PKNP agar inisiatif seperti ini mampu untuk memperkasakan usahawan khususnya para peniaga KDM.


kembali
 
 


Copyright © 2024 Perbadanan Kemajuan Negeri Pahang e-Agency Services. All rights reserved.