Berita Semasa  
e-Agency
  Berita 


PKNP ANJUR KURSUS BAHASA INGGERIS UNTUK KUMPULAN PENGURUSAN DAN PROFESSIONAL PKNP
10/10/2019 by Mohd Ibrahim bin Hashim
"Tingkatkan penguasaan Bahasa Inggeris di kalangan para pegawai" - Ketua Pegawai Eksekutif PKNP

Kuantan, 9 Oktober - Ketua Pegawai Eksekutif PKNP, Encik Mohd Faizal bin Jaafar menyeru semua pegawai dalam Kumpulan Pengurusan dan Professional PKNP meningkatkan kemahiran dan penguasaan dalam Bahasa Inggeris.


Hal ini dinyatakan oleh beliau ketika berucap merasmikan Kursus Bahasa Inggeris Kumpulan Pengurusan dan Professipnal PKNP di Bilik Latihan EDC, Tingkat 3 Kompleks Teruntum.


"Penganjuran kursus ini adalah bertujuan untuk meningkatkan kemahiran Bahasa Inggeris ketika berurusan dengan pihak luar terutamanya para pelabur asing." tegas beliau.


Beliau berharap di sepanjang kursus ini berlangsung para peserta dapat menimba ilmu sebanyak mungkin agar ianya dapat diterapkan dalam pekerjaan harian.


"Saya harap para peserta dapat memberikan sepenuh komitmen dan jadikan ia sebagai cabaran ke arah mencapai matlamat yang ditetapkan." ujar beliau lagi.




Seramai 39 orang pegawai Kumpulan Pengurusan dan Professional PKNP telah menghadiri kursus pada setiap  hari Rabu tiga kali sebulan. Kursus ini dibimbing oleh tiga orang  tenaga pengajar daripada Universiti Malaysia Pahang (UMP) yang dijangka tamat pada bulan Januari 2020.

kembali
 
 


Copyright © 2024 Perbadanan Kemajuan Negeri Pahang e-Agency Services. All rights reserved.