Berita Semasa  
e-Agency
  Berita 


KOMPLEKS TERUNTUM PEROLEHI SIJIL PERAKUAN BOMBA (FC) - JAMINAN UNTUK KESELAMATAN BANGUNAN DAN PENGHUNI
08/11/2019 by Mohd Ibrahim bin Hashim
Kuantan, 5 November - Kompleks Teruntum yang merupakan salah ssebuah mercu tanda di bandar Kuantan telah berjaya mendapat Sijil Perakuan Bomba (Fire Certificate) iaitu satu jaminan bahawa bangunan ini adalah selamat untuk diduduki serta jaminan penghuni dalam keadaaan selamat bagi mengadakan sebarang aktiviti.


Majlis Penyampaian Sijil Perakuan Bomba telah dilakukan oleh Pengarah Jabatan Bomba dan Penyelamat Malaysia Pahang (JBPM), Tuan Nor Hisham bin Mohammad kepada Pengerusi Badan Pengurusan Bersama Kompleks Teruntum (BPBKT) Tuan Haji Mohd Zaid bin Harun yang turut disaksikan oleh Ketua Pegawai Eksekutif PKNP, Encik Mohd Faizal bin Jaafar baru-baru ini.


FC ini adalah merupakan satu dokumen yang merupakan satu talian hayat bagi mengiktirat sesebuah bangunan selamat untuk diduduki. Keperluan ini diperlukan bagi bangunan-bangunan yang sering dikunjungi oleh orang ramai dan aktif beroperasi seperti hospital, bangunan pejabat, sekolah dan lain-lain.

kembali
 
 


Copyright © 2024 Perbadanan Kemajuan Negeri Pahang e-Agency Services. All rights reserved.