Berita Semasa  
e-Agency
  Berita 


YB PENGERUSI JAWATANKUASA KERAJAAN TEMPATAN DAN PERUMAHAN NEGERI PAHANG ADAKAN PERTEMUAN DENGAN PARA PENIAGA KOMPLEKS TERUNTUM.
08/11/2019 by Mohd Ibrahim bin Hashim


Kuantan, 6 November - YB Pengerusi Jawatankuasa Kerajaan Tempatan dan Perumahan Negeri Pahang, Encik Abdul Rahim bin Muda telah mengadakan pertemuan bersama para peniaga Kompleks Teruntum baru-baru ini.


Pertemuan ini diadakan untuk membolehkan pihak kerajaan negeri mendapatkan maklumat serta mengenal pasti masalah yang dihadapi para peniaga di Kompleks Teruntum berikutan kemerosotan pengunjung yang menjejaskan pendapatan mereka.


Melalui pertemuan ini pihak kerajaan negeri bercadang mengadakan karnival jualan setiap bulan yang melibatkan kerjasama antara PKNP dan Dewan Perniagaan Melayu Malaysia Pahang (DPMM) bersama persatuan-persatuan setempat.


PKNP melalui Bahagian Pembangunan Komuniti dan Keusahawanan dengan kerjasama Badan Pengurusan Bersama Kompleks Teruntum (BPBKT) telah mengatur pertemuan ini. Hadir bersama Tuan Haji Mohd Zaid bin Harun merangkap Pengerusi BPBKT, Presiden DPMM Pahang Encik Yusri bin Yusof serta Encik Nasry bin Kassim, Pengurus Pembangunan Komuniti dan Keusahawanan.(Sumber: Unit Komunikasi dan Media Pahang)

kembali
 
 


Copyright © 2024 Perbadanan Kemajuan Negeri Pahang e-Agency Services. All rights reserved.