Berita Semasa  
e-Agency
  Berita 


PKNP ANJUR TAKLIMAT PELUANG PERNIAGAAN DALAM INDUSTRI UMRAH DAN HAJI
15/11/2019 by Mohd Ibrahim bin Hashim


Kuantan, 14 November - PKNP melalui Bahagian Pembangunan Komuniti dan Keusahawanan dengan kerjasama dengan kerjasama Akademi Mutawwif Training & Consultancy (AMTC) telah menganjurkan satu sesi taklimat berkaitan peluang-peluang perniagaan dalam industri haji dan umrah bertempat di Dewan EDC Tingkat 3 Kompleks Teruntum baru-baru ini.


Seramai 30 orang usahawan yang terdiri daripada Usahawan Transformasi PKNP,  usahawan-usahawan baharu bimbingan PKNP serta para peniaga premis Kompleks Teruntum telah menghadiri taklimat ini. 

Objektif utama adalah untuk mendedahkan potensi peluang perniagaan dalam industri umrah dan haji yang sedang berkembang pesat di samping menawarkan kepada para usahawan untuk membuka ATMC Mobile Centre di kawasan masing-masing.


kembali
 
 


Copyright © 2024 Perbadanan Kemajuan Negeri Pahang e-Agency Services. All rights reserved.