Berita Semasa  
e-Agency
  Berita 


SESI PEMBENTANGAN KPI SUKU TAHUN KETIGA 2019 PKNP
20/11/2019 by Mohd Ibrahim bin Hashim
"Anggota pekerja PKNP disaran amalkan perbelanjaan berhemah pada tahun 2020" - Ketua Pegawai Eksekutif PKNP

Kuantan, 19 November - Ketua Eksekutif PKNP, Encik Mohd Faizal bin Jaafar menyarankan semua anggota pekerja PKNP menerapkan amalan perbelanjaan berhemah  selaras dengan obligasi kewangan yang agak besar pada tahun 2020 kelak.



Beliau menyatakan demikian ketika membuat rumusan di akhir  Sesi Pembentangan KPI Suku Tahun Ketiga 2019 bahagian/unit yang telah diadakan di Bilik EDC, Tingkat 3, Kompleks Teruntum.



Kepada semua pengurus bahagian/unit, saya sarankan buatlah penilaian dan keputusan yang terbaik dalam menguruskan perbelanjaan", tegas beliau.



Menurut beliau, Kerajaan negeri telah mula menaruh kepercayaan kepada PKNP dalam melaksanakan agenda pembangunan negeri Pahang sepertimana yang diumumkan YAB Menteri Besar Pahang dalam pembentangan Belanjawan Pahang 2020 baru-baru ini.



Bekerjalah bersungguh-sungguh dan laksanakan tanggungjawab sebaik mungkin selaras dengan kepercayaan yang telah diberikan oleh pihak kerajaan kepada PKNP",  tambah beliau lagi.





Sesi ini telah dihadiri oleh semua pengurus bahagian/unit serta pegawai-pegawai Kumpulan A. Turut hadir Setiausaha Perbadanan, Datin Hajah Noraskin binti Jamaludin.

kembali
 
 


Copyright © 2024 Perbadanan Kemajuan Negeri Pahang e-Agency Services. All rights reserved.